Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini berikutan permintaan yang begitu berhati-hati terhadap mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.

Bagaimanapun, Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes, berkata pelabur nampak lebih yakin, mungkin mereka agak lega memandangkan Hong Kong telah menamatkan sekatan pergerakan.

Kebimbangan dalam kalangan pelabur turut berkurangan sekiranya China kembali melaksanakan sekatan pergerakan bagi membendung COVID-19 walaupun negara itu telah berusaha meningkatkan langkah sekatan pergerakan menjelang sambutan Tahun Baru Cina, katanya

Pada pukul 9.15 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0440/0500 berbanding dolar AS daripada 4.0415/0445 ketika ditutup Jumaat lepas.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0454/0511 daripada penutupan Jumaat lepas iaitu 3.0451/0485 dan lemah berbanding pound pada 5.5342/5380 daripada 5.5231/5288.

Bagaimanapun, unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.9195/9284 daripada 4.9197/9246 sebelumnya dan lebih tinggi berbanding yen kepada 3.8948/9017 daripada 3.8984/8021.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini