Dolar AS naik mendadak, ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dolar AS naik mendadak, ringgit dibuka rendah




KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi urus niaga Jumaat selepas sentimen pengukuhan dolar AS membendung permintaan risiko ke atas mata wang tempatan.

Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0520/0580 berbanding dolar AS daripada 4.0380/0410 ketika dagangan ditutup pada petang Khamis.

Nilai dolar meningkat dengan ketara semalam susulan lonjakan perolehan bon bertempoh matang 10 tahun AS, didorong oleh keyakinan untuk pemulihan yang mampan.

Penyusutan harga minyak berikutan kegiatan pengambilan untung terutama menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada Mac turut mempengaruhi pergerakan ringgit.

Ringgit stabil berbanding mata wang negara maju

"Oleh itu, saya meramalkan ringgit akan bergerak secara defensif berbanding dolar AS," kata penganalisis kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar AS kepada 3.0512/0569 daripada 3.0663/0697 pada Khamis, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6696/6784 daripada 5.7231/7289 dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.9272/9357 daripada 4.9340/9385.

Ringgit, bagaimanapun, susut berbanding yen Jepun kepada 3.8144/8204 daripada 3.8076/8108 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini