Kenaikan harga minyak pacu peningkatan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kenaikan harga minyak pacu peningkatan ringgit



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan daripada kenaikan harga minyak dan mata wang negara maju itu mengalami kelemahan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.0380/0410 berbanding dolar AS daripada 4.0400/0450 semasa ditutup pada Rabu.

Penganalisis itu berkata, permintaan terhadap minyak semakin mendapat momentum berikutan sentimen optimis terhadap pembukaan semula perjalanan udara susulan daripada program vaksinasi COVID-19 dilaksanakan di peringkat global.

"Mata wang baharu juga berada di laluan positif yang didorong oleh pergerakan program vaksin global itu," katanya kepada Bernama.

Ketika berita ini ditulis, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan 0.5 peratus lebih tinggi pada AS$67.41 setong.

Selain itu, beliau berkata dolar AS berada di bawah tekanan kerana kebimbangan terhadap gelembung pasaran saham dan susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), Jerome Powell baru-baru ini bahawa bank pusat AS akan memastikan keadaan monetari tidak berubah untuk masa depan yang dapat diramalkan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.8076/8108 daripada 3.8192/8243 pada Rabu tetapi rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0663/0697 daripada 3.0608/0656 sebelum ini.

Mata wang tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.7231/7289 daripada 5.7210/7292 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.9340/9385 daripada 4.9134/9203 sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini