Harga minyak susut, ringgit dibuka lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak susut, ringgit dibuka lemah



KUALA LUMPUR: Selepas mencatatkan kenaikan selama enam hari berturut-turut, pergerakan ringgit bertukar menjadi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung serta kemerosotan dalam harga minyak mentah.

Pada pukul 9.42 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0420/0460 berbanding dolar AS daripada 4.0280/0320 ketika ditutup petang Selasa.

Minyak mentah Brent jatuh kepada AS$62.87 dan West Texas Intermediate (WTI) pula merosot kepada AS$59.66 setong.

Minyak mentah semalaman Brent hampir mencecah paras tertinggi 13 bulan pada Selasa, meningkat 0.1 peratus kepada AS$63.35 setong.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain pada Rabu.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0403/0446 daripada penutupan hari Selasa iaitu 3.0432/0467 dan berbanding euro, ia meningkat kepada 4.8840/8916 daripada 4.8948/9009.

Ringgit turut mengukuh berbanding yen kepada 3.8088/8139 daripada 3.8242/8283 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6039/6124 daripada 5.6102/6166 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini