Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS




KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dipacu oleh keyakinan terhadap unjuran ekonomi global dan domestik, kata peniaga.

Pada penutupan, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0280/0320 berbanding dolar AS daripada 4.0320/0370 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata kestabilan harga minyak, keyakinan kepada vaksin dan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan secara berperingkat yang dijangka akan berlaku kelak mengubah minat pelabur kepada aset lebih berisiko.

"Unit tempatan akan menghadapi ujian daripada pelabur asing memandangkan kerajaan akan melelong Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) bernilai RM2 bilion 2040 untuk diselesaikan pada 18 Februari 2021, seterusnya akan menjadi pengukur yang baik terhadap pembelian pelabur asing ke atas hutang tempatan dalam keadaan cabaran ekonomi semasa," katanya.

Unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain hari ini.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0432/0467 daripada 3.0481/0523 pada Isnin dan susut berbanding euro kepada 4.8948/9009 daripada 4.8920/8979 semalam.

Ringgit turut meningkat berbanding yen kepada 3.8242/8283 daripada 3.8258/8313 pada Isnin namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.6102/6166 daripada 5.6033/6144 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini