Ringgit rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan selepas meningkat baru-baru ini dan prospek berhati-hati mengenai harga minyak dunia, kata peniaga.

Pada penutup, mata wang tempatan merosot kepada 4.0370/0420 berbanding dolar aS daripada 4.0280/0320 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata gangguan bekalan minyak mentah di selatan Amerika Syarikat (AS) berikutan letupan Artik diimbangi oleh jangkaan bahawa Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum + (OPEC+) akan mengurangkan sekatan pengeluaran mereka selepas April.

Minyak mentah Brent semalaman mencecah hampir paras tertinggi dalam tempoh 13 bulan pada Selasa, naik 0.1 peratus kepada AS$63.35 setong.

Dilaporkan musim sejuk melampau di selatan AS menyebabkan telaga dan kilang penapisan minyak ditutup di Texas.

Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain hari ini.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0388/0432 daripada 3.0432/0467 pada Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.8710/8783 daripada 4.8948/9009 semalam.

Ringgit turut meningkat berbanding yen kepada 3.8092/8154 setiap 100 yen daripada 3.8242/8283 pada Selasa dan pound kepada 5.6046/6131 daripada 5.6102/6166 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini