Ringgit ditutup rendah hari pertama Februari 2021 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah hari pertama Februari 2021



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah pada hari dagangan pertama pada Februari berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan pemangkin.

Ia merosot kepada 4.0430/0460 berbanding dolar AS daripada 4.0400/0450 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Pasaran tempatan ditutup pada Isnin sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata sentimen pasaran berhati-hati berikutan petunjuk menunjukkan kepada berhati-hati dalam dua aspek.

"Rangsangan AS dilihat akan direalisasikan tetapi pasaran terus tidak pasti mengenai saiznya. Isu lain ialah walaupun Bank Rakyat China menunjukkan mereka tidak akan menaikkan kadar faedah, peniaga pertukaran asing berpendapat ia masih terlalu awal untuk dinyatakan mengenai kenaikan kadar di China.
"Kadar faedah yang lebih tinggi akan menjadikan yuan lebih menarik berbanding mata wang serantau dan boleh mempengaruhi harga komoditi," katanya.

Ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0371/0400 daripada 3.0369/0416 pada Jumaat dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8530/8563 daripada 3.8524/8575 sebelum ini.

Mata wang tempatan susut berbanding pound kepada 5.5332/5382 daripada 5.5207/5291 dan naik berbanding euro kepada 4.8787/8827 daripada 4.8945/9021.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini