Permintaan rendah, harga minyak merosot - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Permintaan rendah, harga minyak merosot



NEW YORK: Harga minyak merosot disebabkan prospek permintaan yang lebih rendah selepas Jerman melaksanakan semula langkah pemulihan ketat COVID-19 bersama dengan negara Kesatuan Eropah (EU) yang lain.

Jerman akan melaksanakan kawalan pergerakan yang ketat selama lima hari kerana peningkatan kadar jangkitan baharu.

Saham Eropah kebanyakannya ditutup rendah, begitu juga saham Amerika Syarikat (AS) disebabkan kebimbangan baharu itu akan menggagalkan pembukaan semula ekonomi.

Presiden Perancis juga menyatakan negara itu harus melakukan program vaksinasi sepanjang hari, selepas menerima kritikan disebabkan negara itu terlalu lambat bertindak dalam pemberian vaksin.

Perancis berhadapan dengan gelombang jangkitan ketiga tetapi ketika ini masih jauh ketinggalan daripada negara lain dari segi jumlah penduduk yang menerima vaksin.

"Harga minyak jatuh kerana meningkatnya kebimbangan mengenai permintaan Eropah kerana sekatan yang lebih ketat di negara itu, menyebabkan kelewatan dalam rancangan pembukaan kembali ekonomi mereka," kata penganalisis pasaran CMC Markets UK, David Madden.

Madden berkata, lebih dua minggu lalu, harga minyak mentah mencapai tahap tertinggi 14 bulan selepas Pertubuhan Negara Pengeskport Minyak (OPEC) dan sekutunya memutuskan untuk mengekalkan pemotongan sebahagian besar pengeluaran.

"Ketika ini nampaknya beberapa ekonomi besar di Eropah mungkin tidak mengalami peningkatan pemulihan ekonomi selama beberapa bulan lagi. Jadi hasilnya peniaga terpaksa memotong permintaan bekalan," katanya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini