Ringgit ditutup lemah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lemah berbanding dolar AS




KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran penurunannya untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan terus kukuh terhadap unit negara maju itu, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut sebanyak 100 mata asas (bps) kepada 4.1150/1200 berbanding dolar AS daripada 4.1050/1100 sewaktu ditutup pada Isnin.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata walaupun prestasi lebih rendah itu telah dipacu terutamanya oleh hasil AS yang lebih tinggi, pada satu ketika ringgit lemah kepada paras 4.13.

"Ringgit meningkat sedikit daripada paras terendahnya hari ini pada penutup selepas peniaga mempertimbangkan hasil AS yang lebih tinggi dan jangkaan inflasi mungkin telah melepasi parasnya berikutan kebimbangan ke atas jangkaan penentuan semula kenaikan Rizab Persekutuan," katanya kepada Bernama.

Pada 10 pagi tadi, unit tempatan mencecah 4.1320/1380 berbanding dolar AS.
Sementara itu ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0583/0627 daripada 3.0434/0478 pada Isnin dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.7863/7913 daripada 3.7810/7859.

Ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.7178/7260 daripada 5.6772/6850 dan susut berbanding euro kepada 4.8989/8057 daripada 4.8730/8802 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini