Pelabur tunggu pemangkin untuk ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pelabur tunggu pemangkin untuk ringgit



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi urus niaga Rabu dengan pelabur menjauhi pasaran sambil menantikan pemangkin tempatan baharu untuk menentu hala tuju seterusnya.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1150/1210 berbanding dolar AS daripada 4.1150/1200 ketika ditutup pada petang Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata selepas mencecah paras 4.13 pada satu ketika semalam terutamanya disebabkan oleh perolehan bon yang tinggi, pergerakan ringgit telah dikekang oleh ulasan mesra risiko pertukaran wang asing daripada People's Bank of China (PBoC).

Timbalan Gabenor PBoC, Chen Yulu, mengulangi bahawa China akan terus meningkatkan kebolehtukaran akaun modal dan mendorong pengantarabangsaan yuan secara berhemah.

Sementara itu, di pasaran minyak, penanda aras Brent yang diniagakan 0.37 peratus lebih tinggi pada AS$67.77 setong turut menyokong ringgit daripada merosot.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0597/0644 daripada 3.0583/0627 pada petang Selasa dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.7895/7968 daripada 3.7863/7913.

Ringgit, bagaimanapun, naik sedikit berbanding pound Britain kepada 5.7141/7237 daripada 5.7178/7260 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8936/9023 daripada 4.8989/8057.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini