Ringgit tarik minat pelabur, ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tarik minat pelabur, ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sebanyak 200 mata asas (bps) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mengekalkan kenaikan sebelumnya berikutan minat belian yang berterusan terhadap unit tempatan susulan daripada harga minyak yang stabil, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.1050/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1250/1280 sewaktu ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata dolar AS diniagakan lemah, manakala harga minyak meningkat lagi selepas beberapa hari mengalami fasa konsolidasi, ia telah membantu sentimen risiko tempatan.

"Ini adalah kenaikan kukuh ringgit hari ini kerana kemerosotan hasil perbendaharaan AS, kebimbangan mengena inflasi berkurangan secara mendadak disebalik data inflasi semalaman AS yang menyumbang kepada aliran masuk saham yang lebih baik ke rantau ini dan Malaysia tidak terkecuali," katanya kepada Bernama.

Ketika berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent berada pada paras AS$68.85 setong, melonjak 1.40 peratus.

Unit tempatan turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0637/0681 daripada 3.0635/0664 pada Rabu dan turun berbanding euro kepada 4.9108/9176 daripada 4.9083/9127.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.7261/7339 daripada 5.7366/7425 semalam dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.7841/7894 daripada 3.7955/7987 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini