Ringgit kembali mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali mengukuh




KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Khamis berikutan kelemahan mata wang negara maju itu, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1180/1230 berbanding dolar AS daripada 4.1250/1280 sewaktu pasaran ditutup pada Rabu.

Ketua Strategis Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata penyusutan dolar AS itu disebabkan oleh hasil bon AS yang susut sedikit, semalam.

"Di peringkat tempatan, sentimen terus meningkat berikutan berita mengenai keputusan kerajaan membenarkan pergerakan bagi tujuan pelancongan bagi negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0628/0673 daripada 3.0635/0664 pada Rabu namun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7957/8014 daripada 3.7955/7987 sebelum ini.

Ringgit juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7331/7417 daripada 5.7366/7425 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9078/9154 daripada 4.9083/9127.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini