Ringgit terus merosot berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus merosot berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit kekal lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas diseret oleh sentimen positif terhadap mata wang AS itu berikutan kebimbangan terhadap pemulihan pertumbuhan global termasuk sekatan berterusan di Eropah.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1440/1490 berbanding dolar AS daripada 4.1290/1320 yang dicatatkan semalam.

Menurut seorang peniaga, dolar AS meningkat kepada paras tertinggi hampir empat bulan selepas pelabur mencari mata wang selamat disebabkan oleh ketidakpastian di pasaran, termasuk kelewatan dalam penghantaran vaksin COVID-19 di beberapa bahagian di dunia.

"Kebimbangan terhadap potensi kenaikan cukai di AS susulan kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen bahawa penyelarasan yang lebih tinggi pada masa akan datang mungkin diperlukan bagi membiayai projek infrastruktur dan pelaburan awam lain, sebahagiannya telah menyumbang kepada sentimen di pasaran," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan secara meluas lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0769/0813 daripada 3.0690/0719 tetapi mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7994/8050 daripada 3.8006/8037 semalam.

Ringgit juga jatuh berbanding pound Britain kepada 5.6777/6854 daripada 5.6687/6741 sebelum ini dan merosot berbanding euro kepada 4.8936/9012 daripada 4.8858/8910.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini