Ringgit akhiri dagangan lebih kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit akhiri dagangan lebih kukuh




KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri kerugian semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, selepas mata wang itu susut disebabkan kenaikan pasaran ekuiti AS, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.1300/1330 berbanding dolar AS, berbanding 4.1400/1450 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata dolar kembali bergelut susulan hasil AS menyederhana yang mana membantu harga minyak.

"Dolar AS melemah disebabkan saluran risiko global selepas peniaga tukaran asing menjual dolar dengan jangkaan pelabur akan menggunakan lebih banyak dana bagi pelaburan di luar AS," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-caampur berbanding mata wang utama lain.

Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.7376/7406 daripada 3.7422/7477, semalam dan meningkat berbanding pound British kepada 5.7110/7168 daripada 5.7360/7437, sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0791/0820 daripada 3.0776/0825, semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.8775/8827 daripada 4.8604/8671 ketika ditutup pada Isnin.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini