Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR:Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1300/1330 berbanding dolar AS.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata ringgit berada di tengah-tengah antara pesaing hasil AS yang semakin mereda dan harga minyak yang rendah.

"Sebilangan besar peniaga mata wang menjangkakan dolar akan terus menyusut dan pasaran seolah-olah merasakan dolar telah mencapai had tinggi dan nampaknya ia lebih kepada pelabur tidak mahu membelinya lagi," jelas beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Pada pukul 6 petang, ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7072/7122 daripada 5.7110/7168 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit terus lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0828/0857 daripada 3.0791/0820 semalam, menyusut berbanding euro kepada 4.9077/9125 daripada 4.8775/8827 pada Selasa dan rendah berbanding yen kepada 3.7607/7645 daripada 3.7376/7406 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini