Ringgit kembali mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali mengukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan pulangan ke atas bon AS yang lebih rendah, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1105/1145 berbanding dolar AS daripada 4.1190/1230 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata pasaran pertukaran asing dilihat tidak begitu mengambil kira faktor kenaikan kes COVID-19 di seluruh dunia, malah rupee India juga meningkat walaupun kes jangkitan di India melonjak secara ketara.

Dalam tempoh 24 jam lalu, India melaporkan 314, 835 kes baharu, jumlah kes harian tertinggi di dunia dengan jumlah kematian bertambah 2,104.

"Hasil bon AS adalah pemacu utama ringgit berbanding harga minyak mentah, dan pulangan rendah ke atas bon AS ini menjadikan Sekuriti Kerajaan Malaysia lebih menarik bagi pelabur asing," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0948/0980 daripada 3.0958/0995 ketika ditutup pada Rabu namun susut berbanding euro kepada 4.9490/9555 daripada 4.9453/9509.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.7152/7212 daripada 5.7390/7462 dan meningkat berbanding yen kepada 3.8036/8076 daripada 3.8107/8155.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini