Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

 

KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini selepas diumumkan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), yang menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) berkembang dengan pesat dan boleh membawa kepada dasar monetari yang lebih ketat.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1410/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1360/1400 semasa ditutup pada Rabu.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pasaran telah menjangka bahawa dasar monetari perlu berubah untuk mengekang inflasi dan ia adalah faktor utama kenaikan dolar AS berbanding ringgit.

"Faktor makro AS menjadi pendorong kepada pasangan mata wang ini pada masa ini, antara prospek makro yang rendah di Malaysia. Dari segi teknikal dan berdasarkan persekitaran makro ini, kami menjangka unit tempatan akan mencapai paras 4.1500 pada Jumaat," katanya.

Menjejaskan sentimen terhadap unit tempatan, Rakan Pengurusan Global SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga minyak dilihat bergelut berikutan peningkatan semula kes COVID-19 di India dan ketegangan geopolitik yang lain.

Pada masa ini, minyak mentah Brent merosot 0.08 peratus dan diniagakan pada AS$66.61 setong.
Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1037/1086 daripada 3.1039/1086 pada Rabu, meningkat berbanding pound kepada 5.8463/8542 daripada 5.8586/8651 dan naik berbanding euro kepada 5.0442/0519 daripada 5.0496/0562.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen kepada 3.7925/7981 daripada 3.7882/7929.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini