Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
JustForex

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis susulan sentimen berhati-hati terhadap situasi pasaran global, dengan pelabur memberi perhatian kepada data ekonomi yang akan dikeluarkan dalam jangka terdekat, kata peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.1430/1490 berbanding dolar AS daripada 4.1400/1450 ketika ditutup pada Selasa.

Peniaga berkata pasaran dijangka mengalami sedikit ketidaktentuan dan tiga indikator makro akan dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), iaitu Tempahan Barangan Tahan Lama Utama; Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama serta Tuntutan Pengangguran Awal.

"KDNK suku pertama merupakan pemacu terpenting yang harus diberi perhatian hari ini, dengan pelabur akan menumpukan angkanya untuk memahami laluan pemulihan di AS yang mungkin membawa kepada perubahan pada kadar faedah.

"Sekiranya harga ringgit melepasi 4.1340, ia boleh meningkat kepada 4.1000 dalam beberapa minggu akan datang," katanya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1251/1308 daripada 3.1238/1281 ketika ditutup pada Selasa namun naik berbanding euro kepada 5.0478/0556 daripada 5.0727/0805.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.7943/8005 daripada 3.8044/8101 pada Selasa dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.8433/8522 daripada 5.8697/8784.

Pasaran ditutup pada Rabu bagi kelepasan am Hari Wesak.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini