Harga emas tertinggi dalam empat bulan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga emas tertinggi dalam empat bulan

NEW YORK: Harga emas mencecah paras tertinggi baharu empat bulan apabila seorang lagi pegawai Rizab Persekutuan (Fed) di Amerika Syarikat (AS) bercakap mengenai prospek inflasi, sekali gus memberikan tekanan kepada pulangan Perbendaharaan.

"Isyarat inflasi akan terbukti bersifat sementara," kata Naib Pengerusi Fed, Richard Clarida, dalam satu temubual bersama Yahoo! Finance.

Perkembangan itu menyusuli beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat AS itu kebelakangan ini, sekali gus mengheret pulangan nota 10-tahun ke paras terendah dalam tempoh dua minggu.

Logam berharga itu sudah mengatasi kerugiannya setakat tahun ini, dengan dolar lebih lemah dan kadar bon lebih rendah membangkitkan semula permintaan bagi logam yang tidak menanggung faedah.

Ketidaktentuan di seluruh dunia yang menyelubungi usaha global untuk keluar daripada pandemik turut meningkatkan semula permintaan terhadapnya.

Harga emas menokok 0.4 peratus kepada AS$1,906.26 dalam dagangan pagi ini di Shanghai.

Logam berharga itu meningkat 7.8 peratus bulan ini, dalam laluan untuk mencatatkan kenaikan terbesarnya sejak Julai tahun lalu.

Harga perak, platinum dan palladium juga masing-masing meningkat, manakala pengukur bagi dolar kekal stabil.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini