Ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong peningkatan selera risiko terhadap mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.1220/1270 berbanding dolar AS daripada penutupan pada Jumaat lalu iaitu 4.1320/1350.

Peniaga berkata, prestasi ringgit juga dibantu oleh harga minyak lebih tinggi dengan minyak mentah Brent melonjak 1.09 peratus kepada AS$69.47 satu tong selepas OPEC+ iaitu pakatan antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar utama lain dilaporkan memberi isyarat untuk meningkatkan pengeluaran dalam tempoh dua bulan akan datang.

"Bagaimanapun, sentimen kekal berhati-hati menjelang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh mulai esok hingga 14 Jun," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1152/1194 daripada penutup Jumaat iaitu 3.1213/1238, dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0227/0304 daripada 5.0344/0385 ketika mengakhiri dagangan minggu lalu.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.7565/7621 daripada 3.7598/7629 Jumaat lalu dan meningkat berbanding pound British kepada 5.8421/8508 daripada 5.8604/8651.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini