ShowFX World Webinar “Bagaimana menyediakan jurnal perdagangan yang betul” bersama Dato Mohd Faris Jay. - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
JustForex

ShowFX World Webinar “Bagaimana menyediakan jurnal perdagangan yang betul” bersama Dato Mohd Faris Jay.

 


Kami menjemput anda untuk menempah tempat webinar “Bagaimana menyediakan jurnal perdagangan yang betul” bersama Dato Mohd Faris Jay!

Jurnal dagangan adalah satu alat yang hebat untuk membantu anda menjadi seorang pedagang yang lebih kuat.  Pada dasarnya, ia adalah rekod yang telah ditulis berkenaan dengan apa yang telah terjadi sepanjang dagangan. Anda mungkin merangkumi keadaan pasaran, saiz dagangan, waktu luput, harga, sama ada anda berjaya atau tidak, malahan ia mencatat emosi anda. Yang penting ialah menyesuaikan catatan jurnal anda agar sesuai dengan gaya dagangan anda.



Tiga sebab utama mengapa anda harus menyimpan jurnal perdagangan

1)    Anda akan dapat mengetahui kesalahan yang membuatkan anda perlu berbelanja lebih.

2)    Anda akan memahami dengan jelas bagaimana menambah baik teknik perdagangan anda

3)    Anda akan memantau kemajuan anda dan sentiasa termotivasi.

 

Perdagangan berterusan yang berjaya terdiri daripada tiga elemen, yang akan dibahaskan dalam topik webinar:

l  Mempunyai dan melaksanakan PELAN perdagangan yang baik.

l  Mempunyai sistem perdagangan yang baik sebagai sebahagian daripada perancangan tersebut.

l  Kaji dan tingkatkan prestasi dan rancangan perdagangan anda

 

Ini adalah salah satu topik paling kritikal dalam perdagangan!

Ketahui lebih lanjutmengenai penceramah dan daftar penyertaan di halaman acara




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini