XM Memberi Sumbangan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

XM Memberi Sumbangan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan XM untuk membantu orang yang memerlukan di seluruh dunia, kami baru-baru ini menyumbang kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Badan amal tersebut menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan rawatan holistik kepada pesakit kanser, penjaga dan masyarakat umum termasuk pemeriksaan kanser dan kesihatan, perubatan nuklear, rumah kanak-kanak, serta program berhenti merokok melalui klinik khusus. Sumbangan membantu badan amal ini memberi kesan positif terhadap kehidupan pesakit barah kerana ianya dapat membantu dalam menyediakan tempat tinggal, kesihatan, pendidikan, dan keperluan kanser lain.

Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia pertama sekali ditubuhkan pada tahun 1966 oleh ahli onkologi pertama Malaysia, Dato’ Dr S.K Dharmalingam dan dilancarkan oleh perdana menteri Malaysia pada ketika itu, YAB Tun Abdul Razak. Ia kini berada di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri, Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Kami menyokong sepenuhnya prinsip teras NCSM iaitu meraikan hidup dengan memberi harapan dan visinya untuk hidup di dunia tanpa kanser. XM komited untuk membantu mereka yang memerlukan dan yang kurang bernasib baik di seluruh dunia, dengan inisiatif tanggungjawab sosial kami yang berterusan serta pada masa akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan menderma mengikut budi bicara anda sendiri, sila lawati laman web mereka di sini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini