Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS




KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan kekurangan pemangkin walaupun harga minyak mentah mencatatkan kenaikan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.1160/1185 berbanding dolar AS daripada 4.1130/1150 semasa penutupan pada Isnin.

Penganalisis berkata sentimen terhadap ringgit kekal lemah susulan laporan mengenai inflasi Malaysia meningkat 4.7 peratus pada April 2021, kenaikan tertinggi tahun ke tahun sejak 2018, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata penurunan ringgit bagaimanapun dihadkan oleh dolar AS yang mengalami kelemahan memandangkan pasaran menunggu keputusan dasar monetari oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) pada Rabu, yang dijangka memberikan panduan mengenai hala tuju kadar faedah dan dolar AS.

"Memandangkan dolar AS merupakan mata wang yang paling aktif didagangkan, sebarang keputusan penting mungkin memberi kesan ke atas ekonomi, saham dan mata wang lain," katanya.

Semasa laporan ini ditulis, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa, meningkat 0.48 peratus kepada AS$73.21 setong.

Pada penutupan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen kepada 3.7364/7390 daripada 3.7500/7522 ketika ditutup pada Isnin dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7933/7968 daripada 5.7952/7980.

Ringgit turun berbanding euro kepada 4.9898/9929 daripada 4.9817/9841 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1024/1046 daripada 3.0997/1014.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini