Bagaimana caranya untuk meningkatkan suasana trading di rumah? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimana caranya untuk meningkatkan suasana trading di rumah?


Sama ada kita trader sepenuh masa atau separuh masa,  bekerja dari rumah pasti ada kelebihan dan kekurangannya. 

Demi memastikan trader sentiasa dalam suasana yang positif, berikut adalah beberapa cadangan yang disyorkan:

1.Jangan terlalu seronok dan membuat trading yang berlebihan, kerana apabila minda kita mula berasa penat, ia mungkin akan memberikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

2.Cuba jangan terikat dari segi emosi terhadap hasil trading. Ini mungkin boleh membantu kita fokus dan dapat membuat keputusan yang baik.

3.Jangan paksa diri menganalisa pasaran mata wang ketika fikiran tidak berada dalam keadaan fokus.

4.Cuba dapatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.

5.Senaraikan perkara paling penting kepada kurang penting dalam kehidupan peribadi dan trading, dan lakukannya mengikut urutan.

6.Buat jadual untuk persediaan sebelum pasaran bermula, sewaktu trading berjalan dan sesi untuk jurnal trading.

7.Tentukan waktu untuk kita berhenti melakukan trading setiap hari.

8.Berhenti trading dan bangun dari tempat itu apabila kita berdepan situasi atau trading yang kurang baik. Lakukan sesuatu untuk menenangkan diri kita, dan kemudian baru fokus semula.

9.Ikut kadar masa kita sendiri dan nikmati hasil usaha yang kita lakukan.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini