Ringgit dibuka lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
JustForex

Ringgit dibuka lebih rendah




KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan isyarat bercampur-campur daripada data makro AS yang terus menyokong mata wang negara maju itu, kata peniaga.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.2320/2350 berbanding dolar AS daripada 4.2310/2350 sewaktu ditutup pada Selasa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata data tuntutan pengangguran awal AS adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Bagaimanapun, petunjuk keyakinan pelabur adalah lebih tinggi daripada jangkaan yang menyokong dolar.
"Pelabur sedang menunggu sebarang isyarat baharu daripada Rizab Persekutuan untuk menamatkan ketidaktentuan," katanya.

Sementara itu, Diniz berkata dolar AS telah bergerak sedikit berbanding ringgit untuk beberapa hari lalu dan dilihat bersedia untuk memulakan langkah penurunan pembetulan pada bila-bila masa.

Dari segi teknikal, beliau berkata dolar AS berbanding ringgit boleh mencatat penurunan kepada serendah 4.1750, yang mana ia mungkin berdepan tekanan belian.

Sewaktu dibuka, unit tempatan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit turun berbanding euro kepada 5.0001/0037 daripada 4.9845/9893 sewaktu ditutup semalam dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.8511/8542 daripada 3.8418/8458.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.8732/8773 daripada 5.8286/8341 dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1122/1147 daripada 3.1099/1131.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini