XM telah menyumbang kepada Thammasat University Hospital Thailand dalam menyokong usaha mereka untuk merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19.
Covid-19 merupakan krisis global terbesar sejak Perang Dunia Kedua dan usaha besar sedang dilakukan untuk membatasi kehancuran yang disebabkan oleh wabak tersebut. Banyak hospital dan pusat perubatan, termasuk Thammasat University Hospital, sedang berjuang untuk mengatasi peningkatan jumlah pesakit yang memerlukan rawatan perubatan. XM telah menyahut seruan Thammasat University Hospital untuk memberi sumbangan dalam membantu membiayai pembelian peralatan dan bekalan perubatan tambahan yang sangat diperlukan.
Pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial XM merupakan sebahagian daripada matlamat kami yang lebih luas untuk membantu menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Kami menawarkan sokongan kami kepada pelbagai organisasi di seluruh dunia bertujuan untuk menolong atau memperbaiki kehidupan mereka yang kurang bernasib baik, mereka yang memerlukan dan memberi peluang yang sama kepada seberapa ramai orang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerja yang dilakukan oleh Thammasat University Hospital dan untuk memberi sumbangan, lawati laman web mereka di sini.