Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan kewujudan semula minat, meskipun harga minyak global merosot dan kebimbangan terhadap inflasi dolar, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1970/1990 berbanding dolar AS daripada 4.2000/2030 sewaktu dibuka pada Rabu.

Menurut peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, kebimbangan terhadap inflasi dolar AS telah meningkat dengan pengeluaran Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat yang mengukur inflasi dari perspektif kos kepada industri atau pengeluar produk.

"Menurut pandangan makroekonomi, pasaran dilihat menjangkakan dasar monetari baharu untuk membendung keadaan inflasi," katanya kepada Bernama sambil menyatakan keyakinan untuk dolar mengukuh dengan kemungkinan penurunan mendadak rangsangan fiskal.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata ringgit dijangka kekal dalam tekanan berikutan jangkitan kes COVID-19 yang tinggi di negara ini, serta pasaran minyak yang tidak stabil.

"Oleh itu, ringgit dijangka didagangkan dalam jajaran RM4.19 - RM4.20 hari ini," katanya.

Sewaktu dibuka, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan merosot kepada 4.9663/9687 berbanding euro daripada 4.9539/9574 sewaktu ditutup pada Rabu, turun berbanding yen Jepun kepada 3.8186/8207 daripada 3.8012/8043 dan berkurangan kepada 3.0997/1016 berbanding dolar Singapura daripada 3.0973/0998 semalam.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8086/8114 daripada 5.8157/8199 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini