XM Broker Forex Runcit Terbaik di Global Forex Awards 2021 – B2B - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

XM Broker Forex Runcit Terbaik di Global Forex Awards 2021 – B2B



XM dinobatkan sebagai Broker Forex Runcit Terbaik di Global Forex Awards 2021 – B2B yang diadakan di London pada bulan Jun. Ini adalah anugerah kali kelima yang diterima di acara Global Forex sejak 2019 yang merangkumi anugerah untuk Broker Forex Global Terbaik (2019 dan 2020), Broker Forex Asia Paling Dipercayai (2019) dan juga Program Affiliasi Broker Forex Terbaik (2020).

Pencalonan untuk anugerah ini dibuat secara bebas dan diundi oleh perniagaan dagangan forex dan pelanggan dari seluruh dunia yang memberikan lebih dari 9,000 undi pada bulan April 2021.

Penganjur menyatakan bahawa “Pemenang tahun ini telah dipilih oleh pelabur, pedagang dan pelanggan perniagaan dari seluruh dunia. Mereka telah membuktikan hasil kerja keras mereka dalam industri ini berhasil.”

XM ingin mengucapkan terima kasih kepada Global Forex Awards dan semua yang telah mengundi kami. Kami bertekad untuk sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan dagangan yang berkualiti tinggi kepada semua pelanggan kami.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini