Perjanjian Kerjasama Penajaan Utama FBS & Leicester City - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Perjanjian Kerjasama Penajaan Utama FBS & Leicester City

Perjanjian untuk kerjasama selama tiga tahun antara FBS, salah satu peneraju industri perdagangan, dan Leicester City, salah satu kelab bola sepak terbaik di England, telah ditandatangani secara rasmi. 

Pada bulan Ogos 2021, FBS dan Leicester City Football Club, pemenang Piala FA 2021, merasmikan kerjasama mereka dengan upacara menandatangani perjanjian. Majlis dilangsungkan secara dalam talian justeru kerana pandemik yang masih berlanjutan. CEO FBS, Yulia Ivanova dan CEO Leicester City, Susan Whelan menandatangani perjanjian itu dan menyatakan rasa bangga dan kegembiraan mereka di atas kerjasama tersebut dan waktu-waktu yang pasti mengujakan di masa hadapan. 

Kami mengalu-alukan anda untuk ikut bersama menikmati detik yang luar biasa ini dengan kami. Tonton video khas pelancaran kerjasama kami.

Bermula dari musim 2021/22 yang akan datang dan untuk tiga tahun berikutnya, juara Piala FA 2021 dan Community Shield dan syarikat perdagangan antarabangsa akan bekerjasama dengan erat melalui pelbagai acara bersama, promosi, dan hadiah, termasuk tiket perlawanan tuan rumah dan merchandise. FBS juga akan ditampilkan dengan menonjol di platform-platform kelab, termasuk di bahagian depan jersi dan pakaian latihan untuk kedua-dua pasukan Lelaki dan Wanita kelab ini tatkala pasukan tersebut memulakan musim yang menarik di Liga Perdana Inggeris dan Liga Super Wanita Barclays.

Kami berasa sangat teruja dengan lembaran baru dalam sejarah FBS & Leicester City Football Club ini, dan sangat berterima kasih di atas kesetiaan dan sokongan anda yang berterusan. 

FBS is always by your side.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini