Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, didorong sentimen tempatan yang lebih baik serta penyusutan mata wang negara maju itu.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.2210/2240 berbanding dolar AS daripada 4.2245/2275 ketika ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata dolar AS mengalami penyusutan semula pada Isnin selepas merekodkan kenaikan mingguan terbesar dalam tempoh lebih dua bulan minggu lepas.

Beliau berkata ini memandangkan pelabur menentukan semula pelaburan mereka menjelang Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada Jumaat – platform tahunan di mana bank pusat boleh memberi petanda mengenai pendirian dasar monetarinya.


"Ini mendorong pelabur menumpukan aset selamat yang lain atau mata wang negara pesat membangun.

"Sentimen yang lebih baik dalam pasaran tempatan susulan pelantikan Perdana Menteri juga menyokong minat terhadap ringgit," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1108/1132 daripada 3.1083/1107 ketika ditutup pada Isnin dan susut berbanding yen kepada 3.8453/8480 daripada 3.8387/8414.

Ringgit juga lemah berbanding pound Britain kepada 5.7899/7941 daripada 5.7740/7781 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.9546/9581 daripada 4.9536/9572.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini