Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini berikutan sentimen yang semakin baik terhadap mata wang itu serta peningkatan harga minyak, kata peniaga.

Pada 9.04 pagi, mata wang tempatan menokok kepada 4.1760/1780 berbanding dolar AS daripada 4.1890/1930 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Bagaimanapun, peniaga berkata ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell pada Jumaat yang memaklumkan pengurangan mungkin bermula pada akhir tahun ini, berupaya memberikan sokongan kepada dolar, sekali gus, menjejaskan ringgit.

"Tumpuan pasaran akan beralih kepada data senarai gaji bukan ladang AS yang dijadualkan pada 3 Sept, dengan dolar dijangka meningkat semula sekiranya laporan yang kukuh memberikan satu lagi rangsangan kepada hasil Perbendaharaan," katanya.

Setakat ini, harga penanda aras minyak mentah Brent meningkat 0.81 peratus kepada AS$73.29 setong.

Sewaktu dibuka, unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit merosot berbanding euro kepada 4.9294/9317 daripada 4.9254/9301 sewaktu ditutup pada Jumaat, turun berbanding yen Jepun kepada 3.8057/8075 daripada 3.8044/8084, dan susut berbanding pound Britain kepada 5.7462/7489 daripada 5.7427/7482 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia kekal pada 3.1009/1026 kepada dolar Singapura berbanding 3.1009/1041 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini