Ringgit terus ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas sentimen peniaga terjejas akibat angka harian COVID-19 yang tinggi.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.2270/2300 berbanding dolar AS daripada 4.2180/2205 semasa ditutup Jumaat lalu.

Menurut seorang peniaga, kejatuhan harga minyak mentah Brent turut memberi tekanan ke atas mata wang tempatan itu disebabkan peningkatan dalam kes COVID-19 memberi kesan terhadap prospek permintaan minyak secara global.

Dilaporkan, harga minyak mentah Brent turun 3.9 peratus kepada AS$67.94 setong.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan 17,236 kes COVID-19 baharu telah dicatatkan dalam negara hari ini, menjadikan jumlah jangkitan kumulatif wabak itu kepada 1,279,776, dengan Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar iaitu sebanyak 5,740 jangkitan baharu, diikuti Kuala Lumpur (1,567), Kedah (1,328), dan Sabah (1,247).

Sementara itu, pada penutup, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 3.8382/8413 daripada 3.8415/8442 yang dicatatkan semasa Jumaat lalu, ia menokok berbanding euro kepada 4.9718/9753 daripada 4.9815/9844 serta meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1179/1206 daripada 3.1219/1240 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia turun berbanding pound British kepada 5.8717/8759 daripada 5.8685/8720.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini