Harga minyak turun, ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak turun, ringgit dibuka rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan penurunan harga minyak mentah global.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut 30 mata asas kepada 4.1865/1905 berbanding dolar AS daripada 4.1835/1855 sewaktu ditutup semalam.

Peniaga berkata, dolar AS meraih pengukuhan susulan hasil Perbendaharaan yang semakin baik, menjadikan mata wang Asia, termasuk ringgit, didagangkan dalam jajaran kecil.

Setakat ini, penanda aras minyak mentah Brent merosot 1.15 peratus kepada AS$78.18 setong.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut kepada 3.0835/0869 berbanding dolar Singapura daripada 3.0831/0848 sewaktu ditutup pada Selasa dan merosot berbanding euro kepada 4.8903/8949 daripada 4.8851/8874 sebelum ini.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7497/7536 daripada 3.7577/7599 semalam dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6664/6718 daripada 5.7071/7099 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini