Peningkatan harga minyak pacu kenaikan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Peningkatan harga minyak pacu kenaikan ringgit

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong sentimen pasaran yang meningkat di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1835/1855 berbanding dolar AS daripada penutup kelmarin iaitu 4.1865/1885.

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA Asia Pasifik, Jeffrey Halley, berkata ringgit meraih sokongan positif daripada kenaikan besar dalam harga tenaga terutama minyak dan gas asli, meskipun hasil dan dolar AS yang meningkat memberi kesan kepada kebanyakan mata wang Asia.

"Kenaikan harga minyak dan pembukaan semula ekonomi Malaysia kekal menjadi faktor sokongan kepada mata wang dan membatasi kenaikan dolar AS berbanding ringgit," katanya.

Penanda aras minyak mentah Brent meningkat 0.82 peratus kepada AS$80.18 setong.

Ketika ditutup, ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Ringgit meningkat kepada 3.0831/0848 berbanding dolar Singapura daripada 3.0915/0932 pada penutup Isnin dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8851/8874 daripada 4.8965/8989 sebelumnya.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7577/7599 daripada 3.7737/7758 kelmarin dan meningkat berbanding pound British kepada 5.7071/7099 daripada 5.7338/7366 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini