Urus niaga ringgit dibuka tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
JustForex

Urus niaga ringgit dibuka tidak berubah


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka untuk urus niaga pagi Jumaat selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil keputusan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 1.75 peratus selain laporan kadar pengangguran oleh Jabatan Perangkaan yang turut tidak berubah pada 4.8 peratus pada Julai 2021.

Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1470/1490 berbanding dolar AS daripada 4.1470/1500 yang dicatatkan pada penutupan semalam (Khamis).

Peniaga berpendapat keputusan bank pusat itu akan memberikan kestabilan kepada ringgit dengan paras sokongan sekitar 4.1200.

Pedagang ActivTrade, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata penganalisis menjangkakan pembacaan data pengangguran bulan September adalah baik berdasarkan kadar pengangguran Julai 2021, sekali gus meningkatkan nilai ringgit.

Beliau menekankan bahawa mata wang tempatan adalah antara mata wang yang telah meningkat paling tinggi berbanding dolar sejak awal September.

Pada hari Khamis, BNM mengumumkan langkahnya untuk mengekalkan OPR pada 1.75 peratus.

Memandangkan ketidakpastian ekoran pandemik ini, pendirian dasar monetari akan terus ditentukan oleh data dan maklumat baharu serta implikasinya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan domestik secara keseluruhan, kata bank pusat dalam satu kenyataan semalam.

Dalam perkembangan berasingan, kerajaan menyasarkan bahawa kadar vaksinasi yang tinggi dapat mengukuhkan ekonomi negara, justeru, kadar pengangguran kemungkinan menurun bermula bulan ini.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain kecuali dengan euro yang mana unit tempatan mengukuh kepada 4.9034/9058 from 4.9063/9103 semalam.

Unit tempatan menyusut kepada 3.0876/0894 daripada 3.0860/0885, lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7800/7818 daripada 3.7727/7758 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7390/7418 daripada 5.7303/7345 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini