Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin, dirangsang oleh minat belian diperbaharui.

Pada 9.04 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1630/1680 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat minggu lepas pada 4.1750/1800.

Menurut Kenanga Research, pengumuman mengenai pembukaan semula lebih banyak sektor sosial dan ekonomi selain daripada laporan gaji bukan ladang AS yang lemah mungkin telah membantu unit tempatan untuk mengukuh dengan paras menghampiri paras 4.170 berbanding dolar AS.

"Namun begitu, menjelang hujung minggu, ringgit mungkin diniagakan dalam julat 4.175 hingga 4.185 kerana AS dilihat akan mengukuh di tengah-tengah ketegangan China-Taiwan, krisis hutang Evergrande dan kebimbangan inflasi global," katanya dalam nota mingguan mengenai tinjauan ke atas ringgit hari ini.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia dibuka tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.7064/7108 daripada 3.7320/7368 pada Jumaat minggu lepas, meningkat berbanding euro kepada 4.8183/8240 daripada 4.8292/8350 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6779/6847 daripada 5.6880/6948 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0773/0812 daripada 3.0771/0810 pada Jumaat minggu lalu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini