Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini didorong sentimen positif pasaran dan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.1685/1720 berbanding dolar AS daripada 4.1750/1800.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan menunjukkan prestasi yang baik hari ini kerana ia mengukuh kepada RM4.1652.

"Sekatan rentas negeri yang ditamatkan telah memberi sentimen positif, ia menyokong nilai ringgit dengan jangkaan bahawa aktiviti ekonomi kembali aktif.

"Untuk tahap tertentu, ini juga bermaksud Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih baik, justeru tiada keperluan untuk akomodasi dasar monetari lanjut," katanya.

Beliau berkata harga komoditi yang lebih tinggi juga memberi keuntungan kepada nilai ringgit memandangkan kerumitan sektor minyak dan gas kepada ekonomi Malaysia.

Secara keseluruhan, ringgit dijangka meningkat lagi tetapi kebimbangan terhadap pasaran hartanah China dan perkembangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain, kecuali dolar Singapura.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6779/6827 daripada 5.6880/6948 ketika ditutup pada Jumaat lepas dan naik berbandin yen Jepun kepada 3.6902/6933 daripada 3.7320/7368 sebelumnya.

Unit tempatan melonjak berbanding euro kepada 4.8180/8220 daripada 4.8292/8350 pada Jumaat minggu lepas namun merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0775/0803 berbanding 3.0771/0810 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini