Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini, dirangsang oleh permintaan berterusan untuk unit tempatan itu.

Pada 9.04 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1620/1665 daripada dolar AS berbanding penutupan pada urus niaga Selasa iaitu 4.1630/1660.

Unit tempatan itu turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6695/6735 daripada 3.6750/6779 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6587/6735 daripada 5.6621/6662 sebelumnya.

Unit tempatan juga diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0689/0726 daripada penutupan semalam 3.0703/0727 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8034/8086 daripada 4.8116/8151 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini