Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Selasa, berikutan kekurangan pemangkin pasaran, kata peniaga.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.1505/1535 berbanding dolar AS daripada 4.1480/1510 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata peserta pasaran berhati-hati menjelang pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat.

"Bagaimanapun, harga minyak yang kukuh, yang kini melebihi paras AS$85 setong, mengehadkan ringgit untuk diniagakan lebih rendah," katanya.

Unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0811/0835 daripada 3.0781/0805 pada Isnin dan rendah berbanding pound kepada 5.7103/7144 daripada 5.7043/7085 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6456/6482 daripada 3.6504/6534 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.8158/8193 daripada 4.8229/8264.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini