Ringgit ditutup lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas dolar disokong oleh jangkaan momentum positif daripada data Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan ISM yang dijadual dikeluarkan pada akhir sesi, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu jatuh kepada 4.1785/1795 berbanding dolar AS daripada 4.1730/1760 ketika ditutup pada Isnin.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata data bagi September itu berkemungkinan besar akan mempengaruhi dolar AS, yang mana bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan berpotensi memberikan kesan positif kepada dolar berikutan ISM mengukur keadaan ekonomi berdasarkan perspektif ekonomi.

"Minggu ini juga menyaksikan pengeluaran data pembayaran gaji bukan ladang, indikator makroekonomi yang paling penting bagi mengukur keadaan ekonomi AS.

"Sekiranya angka menunjukkan pembacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan, ia boleh menyebabkan dolar meningkat berbanding ringgit," katanya kepada Bernama.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang yang lain.

Ia susut berbanding yen kepada 3.7587/7596 daripada 3.7510/7540 kelmarin, berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.0801/0813 daripada 3.0727/0751, dan jatuh berbanding euro kepada 4.8475/8486 daripada 4.8440/8475 sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan itu meningkat berbanding pound kepada 5.6620/6933 daripada 5.6674/6714 ketika ditutup pada Isnin.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini