Dagangan ringgit dibuka lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dagangan ringgit dibuka lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini meskipun mata wang AS menyaksikan sentimen yang lebih baik berikutan pengumuman terkini oleh Rizab Persekutuan (Fed) yang ia akan mengurangkan program pembelian aset.

Ini mengesahkan lagi bahawa Persekutuan AS semakin yakin dengan tinjauan ekonomi, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Pada 9 pagi, ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS kepada 4.1540/1570 daripada 4.1585/1605 semasa penutupan urus niaga Jumaat minggu lalu.

Sementara itu, Kenanga Research dalam nota Tinjauan Mingguan Ringgit berkata, pengukuhan ringgit adalah disebabkan oleh perbezaan hasil ringgit-bon AS yang melebar melebihi 211 mata asas pada penutupan urus niaga Jumaat minggu lalu walaupun bacaan gaji bukan ladang AS yang lebih baik daripada jangkaan.

"Selain itu, peningkatan unit tempatan turut dipacu oleh potensi penambahbaikan dalam pasaran tenaga kerja Malaysia, Indeks Pengeluaran Perindustrian dan angka jualan runcit.

"Namun begitu, penyusutan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga 2021 yang lebih ketara daripada jangkaan mungkin mengehadkan kenaikan seterusnya," kata firma penyelidikan itu.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Unit tempatan susut sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.6564/6593 daripada 3.6536/6553 dan merosot berbading dolar Singapura kepada 3.0750/0777 daripada 3.0729/0746.

Ia lega berbanding pound Britain kepada 5.6013/6053 daripada 5.5865/5892 sebelumnya dan lemah berbanding euro kepada 4.8024/8059 daripada 4.7997/8020 pada Jumaat.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini