Ringgit mengukuh berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis dalam pasaran susulan prestasi Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia bagi Oktober 2021 yang meningkat kepada 52.2 berbanding 48.1 pada September.

Pada 6 petang ini, ringgit mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS kepada 4.1480/1495 daripada 4.1500/1530 pada akhir urus niaga semalam.

Menurut Ambank Research, dolar AS dijangka lemah menjelang mesyuarat dasar bank pusat negara itu, Rizab Persekutuan (Fed) selama dua hari bermula hari ini.

"Oleh itu, kami mengunjurkan ringgit mencecah paras dalam jajaran 4.1376 hingga 4.1533 berbanding dolar AS," katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam pada itu, ringgit susut berbanding kelompok mata wang utama kecuali pound Britain.

Ia susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0781/0796 daripada 3.0748/0772 pada akhir Isnin dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6543/6556 daripada 3.6327/6356.

Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.8104/8122 daripada 4.7999/8034 semalam namun terus mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6587/6607 daripada 5.6685/6726, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini