Ringgit catat kenaikan berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit catat kenaikan berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi Rabu, didorong oleh selera risiko yang semakin baik.

Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan lebih tinggi pada 4.2050/2075 berbanding dolar AS daripada 4.2065/2110 pada Selasa.

Ketua Ekonomi Bank Islam Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks dolar AS (DXY) menyusut 0.09 peratus untuk mencecah 96.462 mata dan ini telah membantu menyokong nilai ringgit.

"Namun begitu, sentimen mungkin boleh bertukar menjadi lemah berikutan kebimbangan mengenai varian Omicron dan ini berpotensi menggangu rantaian bekalan global serta menjurus kepada inflasi yang lebih tinggi," katanya.

Mohd Afzanizam menambah penularan Omicron telah menyebabkan kebimbangan bahawa sekatan yang lebih ketat akan dilaksanakan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6841/6866 daripada 3.7019/7062 pada Selasa, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0824/0845 daripada 3.0828/0866 dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.7458/7486 daripada 4.7508/7559.

Bagaimanapun, mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.5763/5796 daripada 5.5732/5792 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini