Dagangan ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Dagangan ringgit dibuka rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan permintaan yang lebih baik terhadap mata wang negara maju itu susulan hasil Perbendaharaan AS turut meningkat.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1795/1825 berbanding dolar AS daripada 4.1715/1740 ketika ditutup pada Isnin.

Menurut laporan berita, kenaikan hasil AS merupakan petanda bahawa dolar AS boleh meneruskan kenaikan kukuh yang dicatatkannya tahun lepas memandangkan pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS memulakan kitaran kenaikan kadar faedah tahun ini.

Bagaimanapun, penurunan ringgit dihadkan oleh sokongan daripada harga minyak mentah yang lebih kukuh.

Semasa laporan ini ditulis, minyak mentah Brent didagangkan 0.38 peratus lebih tinggi kepada AS$79.38 setong.

Selain itu, Moody's Analytics menerusi laporan 'Asia Pacific Economic Preview' bagi minggu bertempoh 3 hingga 7 Januari menjelaskan unjuran bagi sektor eksport Malaysia dijangka positif pada 2022, dengan perdagangan sebagai pendorong utama untuk negara kembali kepada pertumbuhan sebelum pandemik pada pertengahan tahun ini.

Namun, varian Omicron dan cuaca melampau mungkin memberi risiko kepada rantaian bekalan.

Bagi pasaran, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0879/0904 daripada 3.0917/0929 ketika ditutup pada Isnin serta turun berbanding yen Jepun kepada 3.6230/6259 daripada 3.6220/6245.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6331/6376 daripada 5.6414/6431 serta meningkat berbanding euro kepada 4.7255/7282 daripada 4.7363/7396.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini