Ringgit ditutup rendah hari dagangan pertama 2022 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah hari dagangan pertama 2022


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah pada urus niaga hari pertama 2022 susulan kekurangan minat belian berikutan kebimbangan terhadap impak varian Omicron COVID-19, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.1715/1740 berbanding dolar AS daripada paras 4.1650/1680 pada Jumaat minggu lalu.

Peniaga itu berkata, pelabur memantau rapat perkembangan berkaitan varian Omicron, berikutan ia berpotensi mengganggu rantaian bekalan global dan membawa kepada inflasi yang lebih tinggi serta kemungkinan lebih banyak sekatan pergerakan dikenakan.

Sekatan dan gangguan yang timbul akan menjejaskan pemulihan ekonomi, kata pelabur.

Kebimbangan terhadap Omicron reda, ringgit ditutup tinggi

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Ahad berkata terdapat kemungkinan besar gelombang Omicron bermula di Malaysia seperti yang berlaku di negara lain di seluruh dunia dan sistem serta fasiliti kesihatan negara ini akan mengalami tekanan jika terdapat peningkatan kadar jangkitan.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Unit tempatan itu jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0917/0929 daripada 3.0872/0899 ketika ditutup pada Jumaat dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.6220/6245 daripada 3.6186/6212.

Ringgit menyusut berbanding pound British kepada 5.6414/6431 berbanding 5.6277/6318 dan merosot berbanding euro kepada 4.7363/7396 daripada 4.7194/7228 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini