Ringgit dibuka lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit dibuka lebih rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sokongan belian yang kukuh terhadap mata wang itu, disokong oleh data pekerjaan AS yang lebih baik.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1970/2005 berbanding dolar AS daripada 4.1930/1955 pada Rabu.

Menurut data Perubahan Pekerjaan Bukan Ladang ADP AS, sebanyak 807,000 pekerjaan dalam sektor swasta AS diwujudkan berbanding 400,000 yang diunjurkan.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata ini mempunyai potensi untuk mempercepatkan lagi pemulihan ekonomi di AS dan meningkatkan kadar menarik balik rangsangan kewangan semasa.

Beliau berkata, ini menunjukkan dasar monetari yang diguna pakai oleh Rizab Persekutuan AS memberi impak yang positif.

"Dari perspektif makroekonomi, data senarai gaji bukan ladang AS, yang akan dikeluarkan pada Jumaat, dapat mengesahkan peringkat tinggi pekerjaan baharu yang diwujudkan dan dapat memberikan lebih kekuatan kepada dolar AS berbanding mata wang lain.

"Dari aspek teknikal, jika ringgit-dolar AS dapat melepasi 4.1950, unit tempatan boleh merosot kepada 4.2450 hanya dalam tempoh beberapa hari," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0919/0950 daripada 3.0924/0939 pada Rabu dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6146/6180 daripada 3.6190/6215.

Mata wang tempatan susut berbanding pound kepada 5.6857/6908 daripada 5.6785/6814 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.7454/7511 daripada 4.7408/7424.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini