Ringgit dibuka tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tidak berubah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen pasaran terjejas oleh risiko geopolitik yang meningkat di Ukraine dan jangkaan kenaikan pertama kadar faedah AS, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1890/1920 berbanding dolar AS daripada 4.1890/1905 pada Selasa.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dalam unjuran terkininya, mengurangkan pertumbuhan global pada 2022 sebanyak 0.5 mata peratusan kepada 4.4 peratus daripada anggaran pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus pada 2021.

"Faktor utama ialah pengurangan unjuran untuk ekonomi AS dan China. Isu mengenai penamatan awal akomodasi dasar monetari di AS dan dasar COVID sifar di China adalah beberapa pemacu utama kepada pertumbuhan global yang perlahan," katanya kepada Bernama.

Oleh itu, katanya unit tempatan akan terus mencatatkan dagangan jajaran kecil, bergerak daripada RM4.18 kepada RM4.19 hari ini.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain kecuali dolar Singapura apabila ia naik kepada 3.1166/1190 daripada 3.1168/1184 semalam.

Unit tempatan rendah berbanding euro kepada 4.7348/7382 daripada 4.7277/7294 pada Selasa, merosot berbanding pound kepada 5.6593/6634 daripada 5.6464/6484 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6800/6830 daripada 3.6723/6739 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini