Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah pada jumaat selepas ditutup tinggi untuk lima hari dagangan berturut-turut, namun prospek mata wang tempatan itu kekal membina berikutan harga minyak yang tinggi dan ketidaktentuan di Amerika Syarikat yang akan mempengaruhi prestasi dolar AS.

Pada 6 petang Jumaat, ringgit susut kepada 4.1765/1795 berbanding dolar AS daripada 4.1750/1775 sewaktu ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prospek ringgit masih berpotensi meningkat meskipun saranan kenaikan kadar di AS meraih momentum selanjutnya, sekali gus berupaya mendorong dolar menjadi lebih tinggi.

Dalam pada itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1045/1070 daripada 3.1034/1055 semalam dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.6675/6704 daripada 3.6450/6472.

Bagaimanapun, ia menokok berbanding pound Britain kepada 5.7339/7380 daripada 5.7348/7382 pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.7846/7880 daripada 4.7883/7912.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini