Dagangan ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Dagangan ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini.

Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan terus merosot kepada 4.1960/2000 berbanding dolar AS daripada 4.1940/1975 pada tutup hari Jumaat.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran akan memantau dengan teliti mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Mac ini.

"Nampaknya kebanyakan ahli ekonomi bersetuju bahawa FOMC akan mengumumkan kenaikan 25 mata asas untuk kadar dana Persekutuan yang akan membawanya kepada 0.50 peratus.

"Data inflasi terkini bulan Februari 2022 terus kekal tinggi pada 7.9 peratus, menunjukkan bahawa Fed perlu meneruskan langkah monetari yang ketat untuk menyelaraskan ekonomi dengan keadaan semasa," katanya kepada Bernama.

Berikutan kebimbangan itu, nilai ringgit dijangka berada sekitar RM4.19 hingga RM4.20 hari ini, katanya.

Ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama lain kecuali yen Jepun, menyaksikan ia ia susut kepada 3.0767/0801 daripada 3.5858/5891 pada penutup Jumaat.

Mata wang tempatan itu lebih tinggi berbanding pound Britain pada 5.4737/4789 daripada 5.4828/4874, meningkat kepada 4.5858/5902 berbanding euro daripada 4.5991/6030, dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0767/0801 daripada 3.0802/0832 pada Jumaat.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini