Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit melantun semula untuk diniagakan lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal hari ini, didorong oleh kehendak risiko yang semakin baik untuk mata wang tempatan.

Pada jam 9.08 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1830/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1845/1875 pada penutup hari Rabu.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata aset berisiko menjadi tumpuan disebabkan harga minyak yang lebih rendah.

"Saya menjangkakan kebimbangan stagflasi akan berkurangan dan ringgit secara beransur-ansur mengukuh. Pakej bantuan tenaga Kesatuan Eropah (EU) seharusnya mampu menstabilkan ekonomi EU dan ini dapat memberi kesan positif kepada mata wang Asia termasuk ringgit," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen kepada 3.6070/6096 daripada 3.6126/6155 pada penutup Rabu tetapi lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.5090/5130 daripada 5.5068/5108 semalam.

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.0766/0793 daripada 3.0739/0766 pada hari Rabu dan merosot berbanding euro kepada 4.6226/6259 daripada 4.5912/5945 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini